Berita Berita
PKR mungkin 'hilang' jika gagal bersatu - Nurul Izzah

SEREMBAN 20 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar memberi amaran bahawa parti itu berisiko untuk lenyap dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang sekiranya barisan kepimpinannya gagal untuk bersatu dan memperkukuh kerjasama dalaman.
Ketika berucap dalam program Rapat Umum Akar Umbi sempena Pemilihan PKR di Seremban pada malam Isnin, beliau menyatakan kebimbangan terhadap budaya berpuak-puak dan pertelagahan sesama ahli yang sering berlaku dalam parti, terutamanya ketika pemilihan.
“Parti yang tidak bersatu dan tidak bersedia menghadapi cabaran mendatang akan menyebabkan kita ‘hilang’ dalam lima ke 10 tahun akan datang,” tegasnya.
Beliau turut menyuarakan rasa kecewa terhadap sistem pemilihan parti yang menurutnya kerap mencetuskan ketegangan dalam kalangan anggota.
Sehubungan itu, Nurul Izzah menggesa agar semua lapisan kepimpinan kembali mendengar suara akar umbi dan memberi tumpuan kepada persiapan rapi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), yang dijangka berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang.
Antara sasarannya ialah memastikan PKR dapat memenangi sekurang-kurangnya 50 kerusi marginal, yang dianggap penting bagi menentukan kedudukan parti dalam landskap politik negara.
Beliau menekankan bahawa perjuangan dalam PKR bukan bersifat peribadi atau untuk mendapatkan jawatan semata-mata, sebaliknya demi memastikan kelangsungan idealisme parti dan agenda reformasi yang telah lama diperjuangkan.
“Saya tidak akan menang di Lembah Pantai dahulu jika tidak kerana sokongan pasukan yang kuat dan tersusun. Kita hanya akan berjaya jika bersatu, dengan semangat keterbukaan, sifat tawaduk dan nilai kemanusiaan,” katanya.
Menyentuh mengenai suasana pemilihan PKR yang kian hangat, Nurul Izzah menyatakan keyakinan terhadap sokongan yang diterima daripada rakan-rakan seperjuangan dan menegaskan bahawa pertandingan dalam parti haruslah diraikan sebagai tanda kematangan politik, bukan perpecahan.
“Bagi saya, ini adalah pertandingan antara kawan-kawan. Kita mahu garap semua bakat yang ada, demi kekuatan bersama,” katanya mengakhiri ucapan yang disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin. - Media Telus
Berita berkaitan
May 20, 2025, 3:01 pm
Polis Johor tumpas 17 sindiket dadah, rampasan cecah RM75.85 juta dalam masa empat bulan
May 20, 2025, 3:01 pm
Azlan Alias cedera, direhatkan dua bulan akibat retak siku
May 20, 2025, 2:40 pm
Amaran ribut petir di 12 negeri hingga 4 petang – MetMalaysia
May 20, 2025, 2:25 pm
Lelaki maut kemalangan selepas larikan dua kenderaan curi
May 20, 2025, 2:25 pm
Koperal polis disyaki terima rasuah RM25,000 guna akaun bank isteri direman 6 hari
May 20, 2025, 2:13 pm
Lelaki rosakkan rumah ibadat Hindu di Ampang, disyaki di bawah pengaruh dadah
May 20, 2025, 2:04 pm
'Mak guard' Hospital Kajang ditahan, ugut dan kenakan caj parkir tidak wujud
May 20, 2025, 1:17 pm