Berita Berita
KPKT sedia disiasat isu ketelusan harga MyKiosk, Kor Ming jemput Azam Baki minum teh di pejabat

PUTRAJAYA 20 Mei – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyatakan kesediaan untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu ketelusan harga projek MyKiosk.
Menterinya, Nga Kor Ming, berkata kementerian bersikap terbuka dan menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang menabur fitnah berkaitan perkara tersebut, termasuk membuat laporan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Saya jemput Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) datang ke pejabat untuk minum teh. Saya juga sudah arahkan pegawai KPKT untuk mengesan TikToker dan individu yang menyebarkan berita palsu,” katanya dalam sidang media Pra-Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri dan Anugerah Kecemerlangan Media 2025 di sini, hari ini.
Kor Ming mendakwa isu MyKiosk telah dipolitikkan oleh pihak tertentu dengan tujuan menjatuhkan imej kerajaan dan menganggu-gugat kestabilan pentadbiran Kerajaan Madani.
“Saya nampak jelas usaha mereka untuk burukkan kerajaan supaya MCA boleh keluar dan menyertai Perikatan Nasional,” ujarnya.
Tambah beliau, sebagai komponen dalam Kerajaan Perpaduan, MCA sepatutnya membantu kerajaan, bukan mencetuskan kontroversi yang tidak berasas.
“Daripada hari pertama saya sudah perhatikan tingkah laku mereka yang hanya mengutuk kerajaan demi kepentingan politik sempit,” katanya.
Mengulas dakwaan kononnya penganugerahan tender MyKiosk diberikan kepada kroni, beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal memandangkan terdapat 795 kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut.
Menurutnya lagi, negeri Johor menerima jumlah kios paling banyak, iaitu sebanyak 1,185 unit, dan ahli majlis tempatan di negeri itu juga terdiri daripada MCA.
“Kalau dia yang tender, dia yang luluskan, dia yang dapat award, kemudian dia juga yang marah. Ini tidak masuk akal. Kalau tidak tahu, jangan jadi bodoh sombong,” tegasnya.
Kor Ming turut menjelaskan bahawa MyKiosk 2.0 telah melalui proses penambahbaikan termasuk penambahan kapasiti tenaga solar yang mampu bertahan sehingga 12 jam berbanding hanya empat jam sebelum ini. Selain itu, reka bentuk juga dilengkapi dengan rak mudah laras, tingkap hidraulik, dan bumbung berkecerunan menggunakan bahan galvanized steel serta powder coated.
“Takkanlah harga BMW hendak disamakan dengan Kancil? Mereka yang menabur fitnah ini hanya mahu menjadi perosak dan menghalang usaha kerajaan membantu rakyat,” katanya.
Projek MyKiosk dilaksanakan oleh KPKT sebagai inisiatif bagi membantu usahawan kecil dan penjaja dengan menyediakan kios perniagaan yang lebih kondusif dan moden.
Berita berkaitan
May 20, 2025, 10:09 pm
DBKL komited jadikan Kuala Lumpur bandaraya mampan, inklusif
May 20, 2025, 4:15 pm
112 warga Bangladesh, Pakistan dan India ditolak masuk ke Malaysia
May 20, 2025, 4:03 pm
Sama dengan masalah obesiti, makin ramai rakyat Malaysia diserang gout
May 20, 2025, 3:01 pm
Polis Johor tumpas 17 sindiket dadah, rampasan cecah RM75.85 juta dalam masa empat bulan
May 20, 2025, 3:01 pm
Azlan Alias cedera, direhatkan dua bulan akibat retak siku
May 20, 2025, 2:40 pm
Amaran ribut petir di 12 negeri hingga 4 petang – MetMalaysia
May 20, 2025, 2:25 pm
Lelaki maut kemalangan selepas larikan dua kenderaan curi
May 20, 2025, 2:25 pm