Berita Berita
Lelaki rosakkan rumah ibadat Hindu di Ampang, disyaki di bawah pengaruh dadah

AMPANG 20 Mei - Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan polis selepas bertindak merosakkan tempat sembahyang di sebuah rumah ibadat agama Hindu di Taman Sri Ampang, di sini. Siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan ketika suspek berada di bawah pengaruh dadah dan tidak bermotifkan ekstremisme.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek mendakwa terdengar bisikan sebelum bertindak merosakkan rumah ibadat berkenaan. Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Isnin, suspek turut mengacukan parang dan mengugut untuk memotong kepala seorang individu yang juga kakitangan kuil terbabit. Polis berjaya memberkas suspek pada jam 8.38 pagi dan merampas beberapa barangan dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Antara barang yang dirampas termasuk tukul besi, pemotong besi, dua bilah parang, sebilah keris, sebuah beg dan motosikal jenis Yamaha 135LC. Suspek kini direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Pihak polis menegaskan bahawa insiden ini tidak melibatkan unsur kebencian agama dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. - Media Telus
Berita berkaitan
May 20, 2025, 10:09 pm
DBKL komited jadikan Kuala Lumpur bandaraya mampan, inklusif
May 20, 2025, 4:15 pm
112 warga Bangladesh, Pakistan dan India ditolak masuk ke Malaysia
May 20, 2025, 4:03 pm
Sama dengan masalah obesiti, makin ramai rakyat Malaysia diserang gout
May 20, 2025, 3:01 pm
Polis Johor tumpas 17 sindiket dadah, rampasan cecah RM75.85 juta dalam masa empat bulan
May 20, 2025, 3:01 pm
Azlan Alias cedera, direhatkan dua bulan akibat retak siku
May 20, 2025, 2:40 pm
Amaran ribut petir di 12 negeri hingga 4 petang – MetMalaysia
May 20, 2025, 2:25 pm
Lelaki maut kemalangan selepas larikan dua kenderaan curi
May 20, 2025, 2:25 pm