TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Amaran ribut petir di 12 negeri hingga 4 petang – MetMalaysia

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 20 Mei - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di 12 negeri seluruh negara sehingga jam 4 petang hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, negeri-negeri yang terlibat termasuk Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

Di Kedah, cuaca buruk dijangka membabitkan daerah Langkawi, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak, hujan lebat dijangka melanda kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

MetMalaysia turut menjangkakan ribut petir melanda seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Kelantan, amaran cuaca dikeluarkan bagi daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, sementara di Terengganu membabitkan kawasan Besut dan Setiu.

Di wilayah Borneo, kawasan Lawas di Limbang, Sarawak turut dijangka terjejas. Sabah pula menyaksikan daerah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort di kawasan Pedalaman, serta Papar di Pantai Barat berpotensi mengalami ribut petir.

MetMalaysia menasihati orang awam agar sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca semasa dan mengelakkan sebarang aktiviti luar yang berisiko ketika keadaan cuaca tidak menentu. - Media Telus

+ - reset