Berita Berita
Lelaki maut kemalangan selepas larikan dua kenderaan curi

SUNGAI PETANI 20 Mei - Seorang lelaki yang disyaki mencuri kenderaan milik majikannya maut selepas terbabit dalam dua insiden kemalangan berasingan dalam cubaan melarikan diri di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata suspek berusia 20 tahun yang berasal dari Pattani, Thailand, merupakan seorang pembantu kedai makan. Beliau dipercayai terlebih dahulu melarikan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik majikannya dari kawasan Bedong.
Kenderaan pertama itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Viva di kawasan Ambangan Heights. Ketika orang awam berhenti untuk menyaksikan kejadian tersebut, suspek bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan sebuah motosikal milik pengguna lain.
Suspek kemudiannya menunggang motosikal yang dicuri itu sejauh kira-kira 10 kilometer sebelum terlibat dalam kemalangan kedua di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau pada jam 5.50 petang. Menurut Hanyan, siasatan awal mendapati suspek dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah berlawanan.
Pemandu lori berkenaan telah cuba mengelak ke kanan, namun disebabkan jarak yang terlalu dekat, pelanggaran tidak dapat dielakkan. Impak pelanggaran menyebabkan motosikal yang ditunggang suspek diseret sejauh kira-kira 20 meter, dan suspek mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk proses bedah siasat. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Media Telus
Berita berkaitan
May 20, 2025, 10:09 pm
DBKL komited jadikan Kuala Lumpur bandaraya mampan, inklusif
May 20, 2025, 4:15 pm
112 warga Bangladesh, Pakistan dan India ditolak masuk ke Malaysia
May 20, 2025, 4:03 pm
Sama dengan masalah obesiti, makin ramai rakyat Malaysia diserang gout
May 20, 2025, 3:01 pm
Polis Johor tumpas 17 sindiket dadah, rampasan cecah RM75.85 juta dalam masa empat bulan
May 20, 2025, 3:01 pm
Azlan Alias cedera, direhatkan dua bulan akibat retak siku
May 20, 2025, 2:40 pm
Amaran ribut petir di 12 negeri hingga 4 petang – MetMalaysia
May 20, 2025, 2:25 pm