Berita Berita
Harga RON97 dan diesel naik 3 Sen

KUALA LUMPUR 21 Mei - Seiring dengan kenaikan harga pasaran minyak dunia, kerajaan mengumumkan kenaikan harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing sebanyak tiga sen. Harga baharu bagi tempoh 22 hingga 28 Mei 2025 ditetapkan pada RM3.10 seliter untuk RON97 dan RM2.80 seliter bagi diesel.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa walaupun berlaku kenaikan, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding ketika ia diapungkan pada 10 Jun 2024 yang lalu, iaitu pada kadar RM3.35 seliter.
Harga petrol RON95 pula kekal pada kadar RM2.05 seliter. Di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel masih ditetapkan pada kadar subsidi iaitu RM2.15 seliter, sejajar dengan komitmen kerajaan untuk mengekalkan kestabilan kos sara hidup di kawasan tersebut.
Kerajaan, menurut kenyataan itu, akan terus memantau perkembangan harga minyak mentah global dan akan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dari semasa ke semasa. Langkah ini diambil bagi memastikan harga bahan api di negara ini kekal stabil serta selaras dengan keadaan semasa pasaran antarabangsa. - Media Telus
Berita berkaitan
May 21, 2025, 8:03 pm
Permohonan lesen penjajaan DBKL dibuka bermula 1 Jun
May 21, 2025, 6:07 pm
Rafizi umum senarai pilihan pemimpin bagi Pemilihan PKR
May 21, 2025, 5:49 pm
Jabatan Imigresen KL tahan 1,789 PATI sejak Januari, kutipan kompaun cecah RM4.59 juta
May 21, 2025, 3:17 pm
Armada Bersatu bidas cadangan naikkan umur persaraan kepada 65 Tahun
May 21, 2025, 3:11 pm
Bas terbakar dalam Kampus UTM, enam penuntut nyaris maut
May 21, 2025, 2:45 pm
Wanita keluar ke farmasi terkejut rumah pusaka hangus terbakar ketika pulang
May 21, 2025, 2:26 pm
Peguam persoal SPRM panggil Pamela awal sehari, kaitkan dengan kehilangan
May 21, 2025, 2:07 pm
Kerani hilang hampir RM650,000 terjerat skim pelaburan tidak wujud di Facebook
May 21, 2025, 1:51 pm