TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat anjuran perlumbaan basikal lajak di Damansara Damai

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 23 Mei – Polis sedang menyiasat dakwaan penganjuran perlumbaan basikal lajak yang dijadual berlangsung di Damansara Damai, susulan penularan video promosi di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, video berdurasi 29 saat itu memaparkan beberapa remaja menunggang basikal lajak di jalan raya dengan maklumat berkaitan perlumbaan terbabit.

“Pada pukul 4.30 petang semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah terkesan satu video tular di media sosial TikTok yang mempromosikan iklan penganjuran perlumbaan basikal lajak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menganjurkan pertandingan melibatkan kenderaan tanpa kebenaran.

Shahrulnizam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung acara itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

Beliau turut mengingatkan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, dan menggesa semua pihak mematuhi peraturan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

+ - reset