Berita Berita
Karnival Belia Madani 2.0 tawar pelbagai aktiviti perkasa belia bermula 29 Mei ini

AMPANG, 23 Mei – Karnival Belia Madani 2.0 X Foodie Food Fest anjuran Parlimen Pandan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bakal berlangsung selama empat hari bermula 29 Mei hingga 1 Jun ini, bertempat di tempat letak kereta berhadapan Hospital Ampang, Selangor.
Memasuki tahun kedua penganjurannya, karnival ini bertujuan memperkasakan golongan belia setempat melalui pelbagai aktiviti yang merangkumi aspek pendidikan, kesihatan, keusahawanan dan seni.
Antara tarikan utama ialah 70 reruai jualan makanan, pertandingan e-sukan Mobile Legend dan e-football, pertandingan karaoke suara emas, pertandingan gusti lengan, pertandingan mewarna, serta mini zoo. Persembahan istimewa turut disediakan daripada penyanyi Apak Harry Khalifah, kumpulan Cherpen, Lan Solo dan ramai lagi.
Pengarah Program, Madiah Masud berkata, program ini menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti bermakna seperti forum, bengkel, pertandingan dan persembahan seni dan budaya.
“Program ini memperkukuh semangat perpaduan dan memberi peluang kepada anak muda berkongsi idea serta membina jaringan sosial. Ia menyasarkan pembentukan belia yang berdaya saing, kreatif dan berorientasikan kemajuan dalam pelbagai bidang,” katanya.
Selain itu, karnival ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) melalui penyertaan dalam bengkel dan pertandingan yang meningkatkan kesedaran terhadap isu sosial, ekonomi dan alam sekitar, sejajar prinsip pembangunan mampan.
“Ini membantu melahirkan generasi belia yang lebih peka terhadap cabaran global dan bersedia menyumbang kepada masyarakat secara positif,” tambahnya.
Karnival turut disertai Jelajah Agenda Nasional Malaysia Madani yang menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma termasuk saringan kesihatan, perkhidmatan pergigian, saringan PEKA B40 dan kanser wanita.
Turut disediakan zon cabaran robotik, permainan interaktif kesihatan, jualan ehsan rahmah serta jualan terus dari ladang oleh FAMA.
Berita berkaitan
May 23, 2025, 9:27 pm
Trak bawa anggota 25 tentera ke LIMA’25 kemalangan, 6 cedera
May 23, 2025, 5:28 pm
Bekalan air Johor Bahru dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini – MB
May 23, 2025, 5:09 pm
Dua maut, kereta rempuh lori buat pusingan U di Melaka
May 23, 2025, 4:30 pm
Lima kes pedofilia yang pernah gegar negara, timbulkan kerisauan masyarakat
May 23, 2025, 3:40 pm
Hadiah RM10,000 menanti pemenang utama Pitch & Grow sempena NTW 2025
May 23, 2025, 3:20 pm
KESUMA kaji cadangan umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun - Steven
May 23, 2025, 1:44 pm
2 kru kapal maut terjatuh ke dalam lubang sempit berisi air di Sibu
May 23, 2025, 12:10 pm
Dua maut kereta terperosok bawah lori di Melaka
May 23, 2025, 12:03 pm