Berita Berita
Pempengaruh media sosial 'CEO Batu' didakwa ganggu seksual remaja 14 Tahun

KUALA LUMPUR 23 Mei - Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai "CEO Batu" didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual membabitkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat oleh penyanyi rap, Caprice, menerusi satu hantaran di Instagram semalam yang turut memaparkan beberapa tangkap layar perbualan dipercayai antara mangsa dan suspek. Perbualan itu dikatakan bermula menerusi mesej di aplikasi TikTok sekitar November tahun lalu, apabila remaja berkenaan menyuarakan hasrat untuk menghasilkan kandungan bersama pempengaruh tersebut.
Menurut Caprice, selepas komunikasi berpindah ke aplikasi WhatsApp, suasana bertukar tidak senonoh apabila CEO Batu didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada mangsa.
Selain itu, Caprice turut mendedahkan mesej rayuan yang didakwa dihantar oleh CEO Batu kepada ibu mangsa. Dalam mesej berkenaan, lelaki itu merayu agar insiden tersebut tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
“Saya merayu sangat, kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang… Kalau saya sabit kesalahan, 10 tahun saya ke dalam. Segala usaha saya selama ni semuanya akan hilang kak,” antara mesej yang dikongsi Caprice kepada umum.
CEO Batu juga didakwa memberi alasan bahawa dia sedang tergesa-gesa untuk menghadiri sesi penggambaran ketika kejadian berlaku, dan tidak menyedari apa yang dilakukannya.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai tindakan lanjut terhadap dakwaan tersebut. Bagaimanapun, isu ini telah mencetuskan kemarahan netizen yang menuntut siasatan segera dan tindakan undang-undang dikenakan sekiranya terbukti bersalah. — Media Telus
Berita berkaitan
May 23, 2025, 9:27 pm
Trak bawa anggota 25 tentera ke LIMA’25 kemalangan, 6 cedera
May 23, 2025, 5:28 pm
Bekalan air Johor Bahru dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini – MB
May 23, 2025, 5:09 pm
Dua maut, kereta rempuh lori buat pusingan U di Melaka
May 23, 2025, 4:30 pm
Lima kes pedofilia yang pernah gegar negara, timbulkan kerisauan masyarakat
May 23, 2025, 3:40 pm
Hadiah RM10,000 menanti pemenang utama Pitch & Grow sempena NTW 2025
May 23, 2025, 3:20 pm
KESUMA kaji cadangan umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun - Steven
May 23, 2025, 1:51 pm
Karnival Belia Madani 2.0 tawar pelbagai aktiviti perkasa belia bermula 29 Mei ini
May 23, 2025, 1:44 pm
2 kru kapal maut terjatuh ke dalam lubang sempit berisi air di Sibu
May 23, 2025, 12:10 pm