Berita Berita
Bekalan air Johor Bahru dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini – MB

JOHOR BAHRU 23 Mei – Gangguan bekalan air di Johor Bahru sejak tiga hari lalu dijangka pulih sepenuhnya lewat malam ini selepas kesemua enam pam utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor yang mengalami kerosakan berjaya dibaik pulih.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan negeri menangani cabaran infrastruktur asas.
“Enam pam air rosak, tapi semuanya sudah diperbaiki. Insya-Allah, tengah malam ini semua rumah yang terjejas dijangka akan mendapat bekalan air mencukupi,” katanya ketika berucap di Program MADANI Rakyat dan Sambutan Hari Belia Negara di Toppen, hari ini.
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Sebelum ini, lebih 100,000 akaun pengguna terjejas akibat kerosakan luar jangka pada pam utama yang menyalurkan air ke LRA Sungai Johor, menyebabkan loji itu terpaksa dihentikan operasi sepenuhnya sejak Selasa.
Sebagai langkah penyelesaian segera, kerajaan negeri juga dilaporkan sedang mendapatkan bantuan tangki air dari daerah dan negeri lain. — Media Telus
Berita berkaitan
May 23, 2025, 9:27 pm
Trak bawa anggota 25 tentera ke LIMA’25 kemalangan, 6 cedera
May 23, 2025, 5:09 pm
Dua maut, kereta rempuh lori buat pusingan U di Melaka
May 23, 2025, 4:30 pm
Lima kes pedofilia yang pernah gegar negara, timbulkan kerisauan masyarakat
May 23, 2025, 3:40 pm
Hadiah RM10,000 menanti pemenang utama Pitch & Grow sempena NTW 2025
May 23, 2025, 3:20 pm
KESUMA kaji cadangan umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun - Steven
May 23, 2025, 1:51 pm
Karnival Belia Madani 2.0 tawar pelbagai aktiviti perkasa belia bermula 29 Mei ini
May 23, 2025, 1:44 pm
2 kru kapal maut terjatuh ke dalam lubang sempit berisi air di Sibu
May 23, 2025, 12:10 pm
Dua maut kereta terperosok bawah lori di Melaka
May 23, 2025, 12:03 pm