TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hadiah RM10,000 menanti pemenang utama Pitch & Grow sempena NTW 2025

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

KUALA LUMPUR, 23 Mei  – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melancarkan pertandingan keusahawanan Pitch & Grow sempena Minggu Latihan Kebangsaan (National Training Week, NTW) 2025, dengan ganjaran wang tunai sehingga RM10,000 bagi pemenang utama.

Pertandingan ini merupakan aktiviti berimpak tinggi yang bertujuan memupuk pembangunan keusahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan memberi ruang kepada peserta membentangkan idea perniagaan inovatif mereka di hadapan panel juri profesional, berdasarkan konsep rancangan “Shark Tank”.

Melalui pertandingan ini, peserta berpeluang menerima maklum balas pakar industri, bersaing merebut hadiah lumayan dan memperoleh sokongan untuk merealisasikan rancangan perniagaan mereka.

Antara ganjaran utama pertandingan ini ialah:

1. Hadiah Wang Tunai Ditaja oleh Pernas.

Tiga peserta terbaik akan dipilih oleh panel juri dari HRD Corp dan Pernas:

Tempat Pertama: RM10,000

Tempat Kedua: RM5,000

Tempat Ketiga: RM3,000

2. Bengkel Cadangan Perniagaan

Peserta yang disenarai pendek akan mengikuti bengkel intensif anjuran Franchise Institute di bawah Pernas bagi memperkukuh kemahiran penyediaan dan pembentangan cadangan perniagaan.

3. Bimbingan Perniagaan Pasca-Pertandingan

Finalis akan menerima bimbingan dan sokongan perniagaan selama tiga hingga enam bulan daripada pihak Pernas bagi membantu pelaksanaan dan penambahbaikan rancangan perniagaan masing-masing.

Pertandingan ini bukan sahaja mencetuskan keseronokan dan cabaran dalam dunia keusahawanan, malah menggalakkan pemikiran strategik, daya inovasi dan keyakinan dalam membentangkan nilai perniagaan yang kukuh.

Inisiatif ini selaras dengan matlamat NTW 2025 untuk memperkukuh kemahiran, inovasi dan penyertaan ekonomi rakyat Malaysia, khususnya dalam bidang keusahawanan.

Tarikh tutup penyertaan ialah 28 Mei 2025. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: https://www.nationaltrainingweek.gov.my 

+ - reset