TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua maut kereta terperosok bawah lori di Melaka

By
|
Kongsi
image

 

MELAKA 23 Mei – Dua individu maut selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Serkam, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa dikenal pasti sebagai Nguyen Thanh Loan, 46, warga Vietnam, dan Abdullah Shajed, 45, dari Bangladesh.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Shahril Zauni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.53 pagi sebelum menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil serta BBP Merlimau ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi di lokasi, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Nissan UD dan kereta Toyota telah mengakibatkan dua mangsa tersepit di bawah lori berkenaan.

“Pasukan penyelamat bertindak menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada pemberita hari ini.

+ - reset