Berita Berita
Dua maut, kereta rempuh lori buat pusingan U di Melaka

MELAKA 23 Mei – Dua warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang membuat pusingan U di Lebuh AMJ berhampiran kilang ayam, Tiang Dua, awal pagi tadi.
Mangsa, Abdulla Shaied, 47, warga Bangladesh dan Nguyen Thanh Loan, 46, warga Vietnam, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit dalam kereta Toyota yang terperosok di bawah lori Nissan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata lori dipandu lelaki tempatan berusia 48 tahun dipercayai membuat pusingan U sebelum dirempuh dari arah belakang.
"Kesan brek sejauh 45 meter ditemui di lokasi. Pemandu lori tidak cedera dan ujian air kencing didapati negatif dadah," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Media Telus
Berita berkaitan
May 23, 2025, 9:27 pm
Trak bawa anggota 25 tentera ke LIMA’25 kemalangan, 6 cedera
May 23, 2025, 5:28 pm
Bekalan air Johor Bahru dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini – MB
May 23, 2025, 4:30 pm
Lima kes pedofilia yang pernah gegar negara, timbulkan kerisauan masyarakat
May 23, 2025, 3:40 pm
Hadiah RM10,000 menanti pemenang utama Pitch & Grow sempena NTW 2025
May 23, 2025, 3:20 pm
KESUMA kaji cadangan umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun - Steven
May 23, 2025, 1:51 pm
Karnival Belia Madani 2.0 tawar pelbagai aktiviti perkasa belia bermula 29 Mei ini
May 23, 2025, 1:44 pm
2 kru kapal maut terjatuh ke dalam lubang sempit berisi air di Sibu
May 23, 2025, 12:10 pm
Dua maut kereta terperosok bawah lori di Melaka
May 23, 2025, 12:03 pm