TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

2 kru kapal maut terjatuh ke dalam lubang sempit berisi air di Sibu

By
|
Kongsi
image

SIBU 23 Mei - Dua kru kapal tongkang ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit berisi air di dalam kapal yang berlabuh di Lorong Lanang 61, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 9.21 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Central digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa terperangkap di dalam lubang berisi air yang berdiameter satu kaki dan berkedalaman 12 kaki. Pasukan bomba kemudian berjaya menaikkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan tali,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 48 dan 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan paramedik.

+ - reset