Berita Berita
SPRM ambil keterangan 24 individu, siasat penyeludupan bahan kimia di KLIA

KUALA LUMPUR 24 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan 24 individu berkaitan penyeludupan barang berbahaya melalui kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang dipercayai melibatkan unsur rasuah.
Menurut sumber, mereka yang disiasat terdiri daripada pekerja tiga syarikat swasta serta pegawai dan kakitangan daripada tiga agensi penguat kuasa yang beroperasi di KLIA.
“Siasatan dijalankan berikutan kegiatan membawa masuk barang berbahaya berkenaan yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP), meletakkan kawasan KLIA terdedah kepada isu ancaman keselamatan.
“Berdasarkan siasatan awal, barangan berbahaya iaitu bahan kimia ini dibawa masuk dengan diikrarkan sebagai produk aksesori atau isi rumah,” kata sumber berkenaan dalam laporan BH Online.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Idris Zaharudin memaklumkan pihaknya sedang mengenal pasti kelemahan dalam aspek tata kelola yang membolehkan kemasukan barangan tersebut berlaku.
Katanya, satu siasatan tatakelola juga telah dibuka oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM bagi menyelidik aspek kelemahan pentadbiran dan penguatkuasaan.
“Satu kertas siasatan tata kelola turut dibuka oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) bagi melihat aspek kelemahan tata kelola, pentadbiran pengurusan dan penguatkuasaan,” katanya.
Siasatan terhadap isu ini dimulakan sejak awal tahun selepas SPRM menerima maklumat berkenaan kegiatan penyeludupan bahan kimia ke negara ini menerusi saluran kargo di KLIA. Bahan kimia itu didapati dibawa masuk tanpa mematuhi SOP ditetapkan, sekali gus mencetuskan risiko keselamatan serius di pintu masuk utama negara itu.
Maklumat awal juga menunjukkan kelemahan dalam sistem pengurusan dan kawalan penguatkuasaan di lapangan terbang tersebut, yang membuka ruang kepada kegiatan rasuah dalam kalangan pihak bertanggungjawab mengawasi kemasukan barangan.
Kegiatan itu turut dikaitkan dengan sekurang-kurangnya dua insiden kebakaran pada tahun 2024 yang dipercayai berpunca daripada bahan kimia berkenaan, menimbulkan kebimbangan awam terhadap tahap keselamatan operasi kargo di KLIA.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
May 24, 2025, 3:52 pm
Anwar jamin harga RON95 tidak akan naik demi rakyat
May 24, 2025, 2:26 pm
Sivakumar gesa pemimpin bela nasib pelajar India ke Matrikulasi
May 24, 2025, 1:04 pm
Pengorbanan selama 27 tahun hanya sia-sia - Rafizi
May 24, 2025, 11:38 am
Hanya Azam Baki yang berani siasat tauke besar - Anwar
May 24, 2025, 11:09 am
Rafizi tak hadir Kongres PKR selepas kalah Timbalan Presiden
May 23, 2025, 9:27 pm
Trak bawa anggota 25 tentera ke LIMA’25 kemalangan, 6 cedera
May 23, 2025, 5:28 pm
Bekalan air Johor Bahru dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini – MB
May 23, 2025, 5:09 pm
Dua maut, kereta rempuh lori buat pusingan U di Melaka
May 23, 2025, 4:30 pm