Berita Berita
Anwar jamin harga RON95 tidak akan naik demi rakyat

JOHOR BAHRU 24 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol RON95 untuk rakyat Malaysia meskipun cadangan mengenainya pernah dibentangkan di mesyuarat Kabinet.
Menurut beliau, walaupun terdapat tekanan agar harga bahan api itu dinaikkan, keputusan akhir dibuat demi kepentingan rakyat negara ini.
"Saya sedang fikirkan isu subsidi petrol RON95... ada yang minta harganya dinaikkan untuk rakyat.
"Namun, saya tak setuju naikkan (tetapi) harga petrol RON95 boleh diturunkan sedikit demi sedikit mengikut masa dan harga pasaran.
"Namun harga petrol untuk empat juta orang rakyat asing di negara ini yang perlu dinaikkan... orang asing nikmati RM3 hingga RM4 bilion subsidi. Mungkin selepas ini, nak beli petrol RON95 kena tunjuk kad pengenalan," katanya.
Beliau yang juga Presiden PKR berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan sempena hari terakhir Kongres Nasional PKR 2025, hari ini.
Terdahulu, ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan bahawa penyasaran subsidi petrol RON95 dijangka dilaksanakan pertengahan tahun ini.
Beliau menjelaskan bahawa hampir 40 peratus subsidi petrol RON95 kini dinikmati oleh warga asing dan golongan maha kaya, dan penyasaran itu dijangka dapat menjimatkan sehingga RM8 bilion.
Penjimatan tersebut akan disalurkan semula kepada sektor yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat terbanyak seperti pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan awam.
Sehubungan itu, Anwar menegaskan rakyat tidak perlu ragu-ragu terhadap pendekatan kerajaan kerana keutamaannya adalah untuk melindungi dan memperkukuh kebajikan rakyat Malaysia.
Berita berkaitan
May 24, 2025, 2:26 pm
Sivakumar gesa pemimpin bela nasib pelajar India ke Matrikulasi
May 24, 2025, 1:04 pm
Pengorbanan selama 27 tahun hanya sia-sia - Rafizi
May 24, 2025, 11:38 am
Hanya Azam Baki yang berani siasat tauke besar - Anwar
May 24, 2025, 11:09 am
Rafizi tak hadir Kongres PKR selepas kalah Timbalan Presiden
May 24, 2025, 8:34 am
SPRM ambil keterangan 24 individu, siasat penyeludupan bahan kimia di KLIA
May 23, 2025, 9:27 pm
Trak bawa anggota 25 tentera ke LIMA’25 kemalangan, 6 cedera
May 23, 2025, 5:28 pm
Bekalan air Johor Bahru dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini – MB
May 23, 2025, 5:09 pm
Dua maut, kereta rempuh lori buat pusingan U di Melaka
May 23, 2025, 4:30 pm