Berita Berita
Pengorbanan selama 27 tahun hanya sia-sia - Rafizi

JOHOR BAHRU 24 Mei – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui memerlukan masa untuk mengubati kekecewaan selepas merasakan pengorbanannya selama 27 tahun demi idealisme Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menjadi sia-sia.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu, beliau telah mencurahkan khidmat dan tenaga demi perjuangan parti serta rakyat Malaysia.
“Saya faham kekecewaan dan rasa tawar hati penyokong biasa PKR di luar sana. Mungkin perlu sedikit masa untuk hilangkan rasa kecewa, seolah-olah pengorbanan selama ini sia-sia.
“Saya juga manusia biasa. Selama hampir 27 tahun, saya tumpu berkhidmat kepada parti, daripada Kempen Bebaskan Anwar kepada kepimpinan dalam Angkatan Muda Keadilan hinggalah menulis buku yang menjelaskan kes mahkamah Presiden.
“Sejujurnya, saya tidak terlalu kecewa tetapi berasa agak lega kerana boleh kembali kepada kehidupan peribadi yang jauh dari kancah politik dan kekalutan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menegaskan bahawa penyertaannya dalam PKR bukanlah untuk merebut jawatan dalam kerajaan atau mengejar kepentingan kewangan.
“Saya faham nasib Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, tetapi saya percaya kewujudan PKR melampaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.
“Saya kekal bersama PKR lebih lama daripada ramai pengasas dan pemimpin kanan parti kerana saya percaya PKR masih dalam proses pembinaan. Kita telah menyumbang kepada Malaysia tetapi masih jauh daripada mencapai cita-cita kita,” ujarnya lagi.
Beliau turut melahirkan rasa bangga terhadap ahli dan penyokong parti yang terus setia mempertahankan perjuangan PKR sepanjang kempen meskipun berdepan cabaran besar.
Berita berkaitan
May 24, 2025, 3:52 pm
Anwar jamin harga RON95 tidak akan naik demi rakyat
May 24, 2025, 2:26 pm
Sivakumar gesa pemimpin bela nasib pelajar India ke Matrikulasi
May 24, 2025, 11:38 am
Hanya Azam Baki yang berani siasat tauke besar - Anwar
May 24, 2025, 11:09 am
Rafizi tak hadir Kongres PKR selepas kalah Timbalan Presiden
May 24, 2025, 8:34 am
SPRM ambil keterangan 24 individu, siasat penyeludupan bahan kimia di KLIA
May 23, 2025, 9:27 pm
Trak bawa anggota 25 tentera ke LIMA’25 kemalangan, 6 cedera
May 23, 2025, 5:28 pm
Bekalan air Johor Bahru dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini – MB
May 23, 2025, 5:09 pm
Dua maut, kereta rempuh lori buat pusingan U di Melaka
May 23, 2025, 4:30 pm