Berita Berita
Buruh maut dirempuh Lamborghini ketika melintas

KUCHING, 28 Mei – Seorang lelaki warga asing berusia 52 tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta mewah jenis Lamborghini ketika melintas jalan di Jalan Lapangan Terbang, petang semalam.
Mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan bagi Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) Kuching disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 6.50 petang ketika mangsa sedang melintas jalan.
“Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Lamborghini yang dipandu lelaki tempatan berusia 54 tahun itu datang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menuju ke Padungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penolong pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.
Menurut Alexson, pemandu kenderaan tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000.
Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Asisten Superintendan Lucas Apin di talian 013-8246881 atau 082-259900, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
May 29, 2025, 8:58 pm
'Perdana Menteri kata Menteri Pengangkutan kekal' - Anthony Loke
May 29, 2025, 4:47 pm
GV Ride rai pemandu cemerlang, komited majukan komuniti E-hailing
May 29, 2025, 4:32 pm
Ringan beban pemandu E-Hailing, GV Ride sasar edar 1,000 kereta EV sewa beli tahun depan
May 29, 2025, 2:40 pm
Ahmad Maslan harap Rafizi terus berkhidmat di Pandan
May 29, 2025, 2:29 pm
Pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu jururawat ditangguh ke 1 Ogos – JPA
May 29, 2025, 1:20 pm
Tiada laporan baharu terhadap 'Ceo Batu' – Polis
May 29, 2025, 1:16 pm
Lelaki cemas jumpa ular dalam tandas
May 29, 2025, 1:06 pm
Penarikan subsidi gas masak tindakan tidak berperikemanusiaan – Ahmad Fadhli
May 29, 2025, 11:51 am
Pemandu lori maut treler langgar lari di Lebuh Raya WCE
May 29, 2025, 11:23 am