Berita Berita
Mayat budak ditemui terapung dalam sungai di belakang Sutera Mall

JOHOR BAHRU, 28 Mei - Seorang kanak-kanak ditemui meninggal dunia di sebuah sungai berhampiran Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Kanan Bomba (KUP) Shahril Suboh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan tersebut pada jam 10.28 pagi.
“Sebaik menerima maklumat, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 12 kilometer dari balai.
“Pasukan tiba pada jam 10.38 pagi dan mendapati mayat seorang kanak-kanak berada di dalam sungai berhampiran lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anggota bomba kemudiannya membantu pihak polis mengangkat mayat menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada jam 11.44 pagi. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.
Berita berkaitan
May 29, 2025, 8:58 pm
'Perdana Menteri kata Menteri Pengangkutan kekal' - Anthony Loke
May 29, 2025, 4:47 pm
GV Ride rai pemandu cemerlang, komited majukan komuniti E-hailing
May 29, 2025, 4:32 pm
Ringan beban pemandu E-Hailing, GV Ride sasar edar 1,000 kereta EV sewa beli tahun depan
May 29, 2025, 2:40 pm
Ahmad Maslan harap Rafizi terus berkhidmat di Pandan
May 29, 2025, 2:29 pm
Pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu jururawat ditangguh ke 1 Ogos – JPA
May 29, 2025, 1:20 pm
Tiada laporan baharu terhadap 'Ceo Batu' – Polis
May 29, 2025, 1:16 pm
Lelaki cemas jumpa ular dalam tandas
May 29, 2025, 1:06 pm
Penarikan subsidi gas masak tindakan tidak berperikemanusiaan – Ahmad Fadhli
May 29, 2025, 11:51 am
Pemandu lori maut treler langgar lari di Lebuh Raya WCE
May 29, 2025, 11:23 am