Berita Berita
Fitnah habiskan duit MARA, Asyraf Wajdi akan saman fitnah Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memulakan tindakan saman terhadap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berhubung dakwaan menyebarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan pengurusan dana agensi tersebut.
Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dakwaan yang dibuat oleh Mas Ermieyati, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), adalah tidak berasas dan berniat jahat.
Menurut beliau, Mas Ermieyati menuduh beliau membazirkan dana agensi menerusi lawatan mengejut, memotong peruntukan program hafazan, serta menghentikan pembiayaan pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Tak habis-habis seorang pembangkang dari Melaka buat pelbagai fitnah kononnya saya habiskan duit MARA sebab ‘terjah’, ‘tebuk hafazan’ dan sudah tidak biayai pelajar TVET.
“Insya-ALLAH, barisan peguam MARA akan memulakan prosiding saman terhadap beliau. Mula-mula saya malas nak layan tetapi kini sudah melampau dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan.
“Jumpa di mahkamah, YB Mas,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Sebelum ini, Mas Ermieyati dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan yang disifatkan oleh Asyraf Wajdi sebagai tidak berasas, termasuk mendakwa berlaku salah urus dana serta pemberhentian program tertentu di bawah seliaan MARA.
Setakat laporan ini ditulis, Mas Ermieyati belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadapnya.
Berita berkaitan
May 29, 2025, 8:58 pm
'Perdana Menteri kata Menteri Pengangkutan kekal' - Anthony Loke
May 29, 2025, 4:47 pm
GV Ride rai pemandu cemerlang, komited majukan komuniti E-hailing
May 29, 2025, 4:32 pm
Ringan beban pemandu E-Hailing, GV Ride sasar edar 1,000 kereta EV sewa beli tahun depan
May 29, 2025, 2:40 pm
Ahmad Maslan harap Rafizi terus berkhidmat di Pandan
May 29, 2025, 2:29 pm
Pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu jururawat ditangguh ke 1 Ogos – JPA
May 29, 2025, 1:20 pm
Tiada laporan baharu terhadap 'Ceo Batu' – Polis
May 29, 2025, 1:16 pm
Lelaki cemas jumpa ular dalam tandas
May 29, 2025, 1:06 pm
Penarikan subsidi gas masak tindakan tidak berperikemanusiaan – Ahmad Fadhli
May 29, 2025, 11:51 am
Pemandu lori maut treler langgar lari di Lebuh Raya WCE
May 29, 2025, 11:23 am