Berita Berita
Nurul Izzah digesa desak PM tamatkan kontrak Azam Baki

KUALA LUMPUR 30 Mei – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar digesa menggunakan kedudukannya untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu disuarakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Hanif Jamaluddin, yang berpendapat ia selari dengan pendirian Nurul Izzah sebelum ini yang sering melaungkan agenda reformasi institusi, termasuk perubahan dalam kepimpinan SPRM.
“Sebagai anak Perdana Menteri dan pemimpin kanan kerajaan, Nurul Izzah berada dalam kedudukan strategik untuk menyuarakan reformasi dari dalam.
“Beliau perlu membuktikan semangat reformasi yang dilaungkan bukan hanya retorik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Muhammad Hanif, kegagalan mengambil pendirian tegas dalam isu tersebut boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam usaha membanteras rasuah.
“Konsistensi antara kata-kata dan tindakan adalah ukuran sebenar komitmen, bukan sekadar gelaran ‘Puteri Reformasi’ yang hanya tinggal nama,” katanya.
Beliau merujuk kepada keputusan Perdana Menteri menyambung kontrak Azam Baki selama setahun meskipun wujud kontroversi berkaitan pemilikan saham dalam dua syarikat tersenarai awam.
Walaupun Azam menafikan sebarang salah laku, pelbagai pihak termasuk kumpulan pemantau dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan pernah menuntut siasatan lanjut terhadap isu berkenaan.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menyeru agar Nurul Izzah tidak berdiam diri, sebaliknya memperjuangkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti seperti yang sering dilaungkannya sebelum ini.
Pada 10 Mei lalu, Nurul Izzah turut lantang mengkritik pelantikan semula Azam Baki, yang kini memasuki penggal ketiga sebagai peneraju SPRM, dengan menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tidak wajar. – Media Telus
Berita berkaitan
June 5, 2025, 1:01 pm
Makin 'maju, warga asing kini jadi ejen 'homestay'
June 5, 2025, 12:36 pm
Malaysia kecewa UNSC gagal lagi lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
June 5, 2025, 12:24 pm
Lapan penuntut UMT didakwa pukul rakan hingga parah dalam asrama, mengaku tidak bersalah
June 5, 2025, 12:15 pm
Sultan Brunei puji mutu perkhidmatan IJN setaraf antarabangsa
June 5, 2025, 11:51 am
Remaja OKU hilang dalam hutan ketika cari lembu peliharaan, operasi SAR diteruskan
June 5, 2025, 11:51 am