Berita Viral
(VIDEO) Serangan jantung punca pemandu Toyota Caldina hilang kawalan, langgar kereta di Jalan Ampang
KUALA LUMPUR 2 Jun – Insiden kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Ampang, berhampiran Hospital Gleneagles, pada Sabtu lalu berpunca daripada serangan jantung yang dialami oleh salah seorang pemandu terlibat.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi apabila pemandu Toyota Caldina, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Ketika kejadian, seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Jaecoo 7 sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Ampang.
“Tiba-tiba datang dari arah depan sebuah Toyota Caldina dipandu seorang lelaki tempatan 57 tahun memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian depan kenderaan mangsa,” katanya dalam kenyataan.
<<<<<< VIDEO PENUH DI SINI >>>>>>
Akibat pelanggaran itu, SUV yang dipandu wanita tersebut mengundur secara tidak sengaja lalu merempuh sebuah lagi kenderaan, iaitu SUV jenis Lexus RX200T yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun.
“Punca kemalangan disebabkan pemandu Toyota Caldina hilang kawalan semasa memandu akibat mengalami masalah sakit jantung.
“Pemandu itu dalam keadaan stabil semasa berjumpa dengan pegawai penyiasat,” katanya.
Wanita yang memandu Jaecoo 7 mengalami cedera ringan di tangan dan kaki, manakala pemandu Lexus tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
