Berita Dunia
Pemandu e-hailing meninggal dunia akibat strok selepas bekerja 15 jam sehari
SINGAPURA 4 Jun – Seorang pemandu e-hailing di sini meninggal dunia pada 29 Mei lalu akibat serangan strok, dipercayai berpunca daripada beban kerja yang berlebihan.
Mangsa, Gavin Neo, 49, disahkan meninggal dunia tiga hari selepas mengalami serangan strok secara tiba-tiba, menurut laporan portal Mothership.
Sepanjang hayatnya, Neo dikenali sebagai seorang bapa berdedikasi yang sanggup berkorban demi masa depan dua anaknya yang kini berusia 17 dan 13 tahun.
Seorang rakan sekerja yang juga pemandu e-hailing, Bryan Ang, memaklumkan bahawa Neo lazimnya memulakan pemanduan dari tengah hari hingga larut malam, dan hanya berehat selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah pada waktu pagi.
“Dia tidak pernah merungut. Bila saya tanya kenapa masih berjimat makan walaupun kerja keras, dia jawab, ‘Ini semua untuk anak-anak saya dan masa depan mereka’,” kata Ang menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurutnya lagi, Neo bukan sahaja mengamalkan gaya hidup sihat – tidak merokok, tidak minum alkohol dan jarang berbelanja untuk diri – malah sering membantu pemandu baharu dalam industri.
“Dia seorang yang merendah diri dan tidak lokek berkongsi pengalaman,” tambah Ang.
Difahamkan, anak perempuan Neo yang kini berada di luar negara bersama ibunya masih belum pulang untuk menghadiri pengebumian.
Majlis pengebumian telah berlangsung pada 31 Mei lalu. - Media Telus
Berita berkaitan
March 27, 2026, 10:34 am
Pembangkang Israel beri amaran tentera di ambang keruntuhan
March 26, 2026, 12:53 pm
(VIDEO) 24 maut, bas terjunam dalam sungai di Rajbari, Bangladesh
March 24, 2026, 9:00 pm
Pemuda diheret masuk kereta, dibelasah gara-gara dituduh bawa lembu untuk disembelih
March 20, 2026, 12:02 pm
'Saya masih hidup...' - Netanyahu
March 16, 2026, 12:04 pm
Netanyahu santai minum kopi, tepis khabar angin sudah maut
March 11, 2026, 8:17 am
Jaga-jaga, banyak negara mulakan langkah penjimatan tenaga susulan konflik AS-Israel dan Iran
March 10, 2026, 10:48 am
Harga minyak dunia jatuh selepas Trump bayang perang Iran mungkin berakhir
March 3, 2026, 10:53 am
AS gesa rakyat mereka tinggalkan Asia Barat termasuk Mesir susulan serangan ke atas Iran
March 2, 2026, 11:12 am
