TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tradisi 25 tahun, Al-Madrasatul Faridiyah rai Aidiladha dengan korban 150 kambing, 7 lembu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Sambutan Hari Raya Aidiladha di Al-Madrasatul Faridiyah, Sri Rampai, ibu negara berlangsung dengan penuh meriah dan semangat pengorbanan, menurut pengasasnya, Datuk Jawahar Ali.

Beliau berkata, program korban sempena Hari Raya Aidiladha telah menjadi tradisi madrasah itu selama hampir 25 tahun.

Tahun ini, sebanyak 150 ekor kambing dan tujuh ekor lembu telah dikorbankan.

Sebahagian daging korban digunakan untuk menyediakan makanan yang diagihkan kepada ribuan umat Islam, manakala selebihnya dibungkus dan diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

“Setiap kali musim perayaan, khususnya Aidilfitri dan Aidiladha, kami meraikannya secara besar-besaran di madrasah ini. Matlamat utama kami ialah membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Datuk Jawahar Ali turut melahirkan rasa syukur atas sokongan para sukarelawan, khususnya golongan belia yang berganding bahu menjayakan program tahunan ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas, penduduk setempat serta pihak yang memberi kerjasama menjayakan acara berkenaan.

“Dengan perancangan rapi sejak beberapa hari lalu, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” katanya. - Media Telus

+ - reset