TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama setakat pagi ini

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Jun – Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar setakat jam 9 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, pergerakan trafik kekal lancar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta di semua lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang.

“Keadaan ini berikutan orang ramai masih belum pulang ke kediaman masing-masing selepas bercuti dan menyambut Aidiladha,” katanya hari ini.

Sebanyak 30 lorong pintar turut diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS bagi memastikan kelancaran aliran trafik.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini berkaitan trafik menerusi talian PLUSLine 1-800-88-0000 atau hotline LLM di 03-8738 3098 / 03-8738 3097. Maklumat juga boleh diperoleh melalui laman X @plustrafik dan @llmtrafik.

Sementara itu, di Kelantan, aliran trafik juga dilaporkan lancar di jalan Gua Musang-Kuala Lipis dan di sempadan Kelantan-Terengganu, walaupun terdapat sedikit peningkatan jumlah kenderaan pagi ini. – Media Telus

+ - reset