Berita Berita
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci, jumlah kini sembilan orang

MAKKAH 5 Jun – Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci, menjadikan jumlah keseluruhan sembilan kematian setakat ini bagi musim haji 1446H/2025M.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah tersebut, Syed Baharom Syed Hussin, 72, dari Alor Setar, Kedah, sebelum ini menerima rawatan akibat serangan jantung ketika berada di Khemah Mina dan telah dibawa ke Hospital Arab Saudi.
“Allahyarham meninggal dunia di Hospital Mina Al Wadee pada jam 4.53 pagi, Sabtu lalu.
“Saya dan seluruh pengurusan Tabung Haji merakamkan ucapan takziah kepada waris serta ahli keluarga arwah dan mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, Lembaga Tabung Haji (TH) telah menghubungi waris Allahyarham dan mengurus sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah serta kebajikannya.
Difahamkan, ini merupakan kematian kelapan jemaah haji Malaysia akibat serangan jantung, manakala seorang lagi jemaah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ pada 4 Jun lalu.
Dalam pada itu, Mohd Na’im memaklumkan bahawa TH akan terus memantau kesihatan semua jemaah Malaysia di Tanah Suci.
“Saya menasihatkan para jemaah agar sentiasa menjaga kesihatan, mematuhi arahan petugas serta tidak memaksa diri dalam melaksanakan ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal seperti melontar di jamrah, khususnya dalam keadaan cuaca panas yang ekstrem,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
June 8, 2025, 11:13 am
Lembu korban mati jatuh perigi di Kampung Sireh
June 8, 2025, 11:06 am
Lelaki meninggal dunia selepas sertai gotong-royong korban Aidiladha
June 8, 2025, 11:00 am
Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama setakat pagi ini
June 8, 2025, 10:44 am
Anthony Loke kongsi pengalaman cemas penerbangan empat jam akibat cuaca buruk
June 8, 2025, 10:07 am
Tradisi 25 tahun, Al-Madrasatul Faridiyah rai Aidiladha dengan korban 150 kambing, 7 lembu
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am