Berita Berita
Lelaki meninggal dunia selepas sertai gotong-royong korban Aidiladha

MANJUNG 8 Jun – Seorang lelaki meninggal dunia selepas menyertai gotong-royong penyembelihan lembu sempena sambutan Aidiladha di Kampung Sungai Rumput, Kampung Sitiawan di sini, semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Radzuan Nanyan, 50, dikatakan rebah secara tiba-tiba di padang kampung yang menjadi lokasi ibadah korban.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, lelaki itu dilaporkan pengsan sejurus selesai proses penyembelihan lembu ketiga.
“Beliau rebah di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Seri Manjung. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di unit kecemasan hospital berkenaan,” katanya.
Menurut beliau, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan serangan jantung.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan tiada unsur jenayah dikenal pasti setakat ini,” katanya.
Difahamkan, mangsa turut aktif dalam kerja gotong-royong melibatkan beberapa ekor lembu di kawasan kariah tersebut.
Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan suasana sedih menyelubungi lokasi kejadian sebaik insiden berlaku, dengan penduduk kampung memberikan kerjasama penuh membantu membawa mangsa ke hospital. – Media Telus
Berita berkaitan
June 8, 2025, 11:13 am
Lembu korban mati jatuh perigi di Kampung Sireh
June 8, 2025, 11:00 am
Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama setakat pagi ini
June 8, 2025, 10:53 am
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci, jumlah kini sembilan orang
June 8, 2025, 10:44 am
Anthony Loke kongsi pengalaman cemas penerbangan empat jam akibat cuaca buruk
June 8, 2025, 10:07 am
Tradisi 25 tahun, Al-Madrasatul Faridiyah rai Aidiladha dengan korban 150 kambing, 7 lembu
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am