Berita Berita
Bas bawa 44 penuntut UPSI dibeli pada 2013, dalam keadaan baik, pemandu mahir laluan Gerik - Syarikat bas

KOTA BHARU, 9 Jun – Syarikat Kenari Utara, pemilik bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menjelaskan bahawa kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan telah menjalani penyelenggaraan mengikut jadual.
Pegawai Operasi syarikat, Nazri Nawi, berkata bas berkenaan diselenggara bulan lalu dan tidak menunjukkan sebarang masalah teknikal.
Tambah beliau, pemandu bas tersebut dipinjam daripada syarikat lain dan merupakan individu yang berpengalaman serta arif dengan laluan Gerik–Jeli.
“Apa yang berlaku amat menyedihkan, saya tidak sedih bas rosak, sebaliknya paling terkesan apabila penuntut UPSI yang menaiki bas kami meninggal dunia dan cedera dalam kejadian itu.
"Namun, apa yang boleh saya katakan bas kami dalam keadaan baik dan sentiasa membuat penyelenggaraan mengikut waktu ditetapkan. Bas itu dibeli sejak 2013 dan masih mempunyai tempoh lima tahun untuk dijadikan bas persiaran.
"Saya juga dimaklumkan pemandu bas yang dipinjam itu seorang yang berhemah dan tiada rekod. Dia sudah biasa dengan laluan di sana," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Nazri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa dan meluahkan rasa sedih yang mendalam terhadap tragedi yang berlaku.
Dalam kejadian awal pagi tadi, sebuah bas yang membawa 42 pelajar UPSI dari Jerteh ke kampus mereka di Tanjung Malim terbalik selepas melanggar sebuah kenderaan lain di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, menyebabkan 15 maut dan tujuh lagi parah.
Berita berkaitan
June 9, 2025, 4:07 pm
Jaga-jaga, kes Covid-19 meningkat 20 peratus dalam tempoh seminggu
June 9, 2025, 3:35 pm
Yayasan Pendidikan MARA beri bantuan segera kepada semua mangsa kemalangan bas UPSI
June 9, 2025, 2:31 pm
Tragedi bas UPSI: Kerajaan kaji semula SOP sewa bas oleh pelajar - Zambry
June 9, 2025, 12:39 pm
Bapa enggan ikat jamin anak bawah umur mengaku rogol rakan lebih 16 kali
June 9, 2025, 12:12 pm
Bas terbabit kemalangan disewa pelajar sendiri - Naib Canselor UPSI
June 9, 2025, 11:42 am