Berita Berita
Jaga-jaga, kes Covid-19 meningkat 20 peratus dalam tempoh seminggu

AYER KEROH, 9 Jun – Kes jangkitan COVID-19 di Melaka menunjukkan peningkatan lebih 20 peratus apabila 93 kes baharu direkodkan dalam Minggu Epidemik ke-23 (ME 23), dari 1 hingga 7 Jun lalu, berbanding 77 kes pada minggu sebelumnya.
EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem, berkata peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri ini kini mencecah 164,821 kes.
“Bagaimanapun, tiada kes kematian atau pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan. Sehingga Sabtu lalu juga, tiada kluster aktif dalam atau luar negeri direkodkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, sehingga ME 23, sebanyak 1,545 kes COVID-19 di Melaka dikenal pasti sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI), melibatkan tujuh kes Beta, 144 kes Delta, 1,276 kes Omicron dan 79 kes VOI.
Beliau menjelaskan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri akan terus memantau perkembangan penularan wabak tersebut serta meneruskan pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan secara berterusan, dengan kerjasama pelbagai agensi. - Media Telus
Berita berkaitan
June 9, 2025, 3:35 pm
Yayasan Pendidikan MARA beri bantuan segera kepada semua mangsa kemalangan bas UPSI
June 9, 2025, 2:31 pm
Tragedi bas UPSI: Kerajaan kaji semula SOP sewa bas oleh pelajar - Zambry
June 9, 2025, 12:39 pm
Bapa enggan ikat jamin anak bawah umur mengaku rogol rakan lebih 16 kali
June 9, 2025, 12:12 pm
Bas terbabit kemalangan disewa pelajar sendiri - Naib Canselor UPSI
June 9, 2025, 11:42 am