Berita Berita
JKM cari waris bayi masih bertali pusat dibuang dalam keadaan kotor, dihurung semut di Felda Redong

SEGAMAT 11 Jun - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Felda Redong, Labis, di sini, pada malam 3 Mei lalu.
JKM Daerah Segamat berkata, bayi berkulit cerah itu ditemui masih bertali pusat dan dibaluti kain batik dalam keadaan kotor serta dihurungi semut tanpa dokumen.
"Bayi itu yang menerima rawatan di Hospital Segamat kini dalam keadaan sihat dan diletakkan bawah jagaan sebuah institusi JKM.
"JKM turut mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Segamat pada 23 Mei lalu mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris bayi ini diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Segamat di talian 07-9311331.
Berita berkaitan
June 12, 2025, 3:37 pm
Anthony Loke beri amaran kepada pemandu bas tragedi Gerik, laporan teknikal belum dibuktikan
June 12, 2025, 3:18 pm
Anwar umum peruntukan baharu RM60 juta untuk TVET, tegas kepentingan pendidikan holistik
June 12, 2025, 2:39 pm
Tengku Zafrul mahu terus berkhidmat secara politik selepas tamat tempoh senator
June 12, 2025, 2:19 pm
Tiga lelaki melecur dalam kebakaran kedai LPG di Kulai
June 12, 2025, 2:04 pm
Tidak logik kanabis itu datang turun dari langit - Ahmad Fadhli
June 12, 2025, 2:03 pm