TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga lelaki melecur dalam kebakaran kedai LPG di Kulai

By
|
Kongsi
image

KULAI 11 Jun – Tiga lelaki cedera dengan kesan melecur sehingga 50 peratus pada tubuh badan selepas sebuah kedai pengedar gas petroleum cecair (LPG) terbakar di Kawasan Perindustrian Timur, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Asmiza Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 1.40 pagi.

“Seramai 13 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira tujuh minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kedai berstruktur kekal yang menyimpan LPG telah musnah hampir 85 peratus akibat kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiga mangsa berusia lingkungan 30-an hingga 40-an mengalami kecederaan melecur dan dihantar ke Hospital Kulai bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Asmiza berkata, selain memadamkan kebakaran utama, pihaknya turut menjalankan kerja-kerja penyejukan (‘cooling’) ke atas sebuah lori tangki yang berada berhampiran lokasi kejadian bagi mengelakkan letupan atau kebakaran susulan.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 3.25 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. – Media Telus

+ - reset