Berita Berita
Tidak logik kanabis itu datang turun dari langit - Ahmad Fadhli

KUALA LUMPUR 12 Jun – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyarankan Muhammed Yusoff Rawther menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau daripada dua pertuduhan berkaitan dadah dan senjata tiruan.
Ahmad Fadhli berkata, tindakan undang-undang itu penting bagi membongkar dalang yang mengarahkan tindakan konspirasi meletakkan kanabis dan pistol tiruan dalam kenderaan Yusoff.
“Tidak logik kanabis itu datang turun dari langit. Dari mana ia datang? Mesti ada tangan yang meletakkan. Tentu ada pihak yang keluarkan arahan. Saudara Yusoff boleh saman.
“Saya yakin polis sendiri tidak mahu bersekongkol dengan tindakan zalim ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau turut menggesa agar nama baik institusi kepolisan negara dibersihkan segera susulan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
“Jangan kerana arahan sebegini, rosak nama polis yang sangat komitmen selama ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Yusoff daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan tanpa perlu membela diri.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam keputusannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan.
Pada 12 September 2024, Yusoff, 32, didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.
Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara, pada pukul 9.25 pagi hari yang sama. – Media Telus
Berita berkaitan
June 13, 2025, 4:12 pm
Pemandu bas UPSI didakwa sebabkan kematian 15 pelajar mengaku tak bersalah
June 13, 2025, 4:01 pm
KPDN rampas 650 jersi tiruan bernilai RM25,000 di Bukit Jalil
June 13, 2025, 3:55 pm
Kejara gagal, perlu rombakan besar – Anthony Loke
June 13, 2025, 3:27 pm
PN gesa tubuh RCI siasat kes Yusoff Rawther
June 13, 2025, 2:26 pm
Perbezaan paparan portal jadi punca Fahmi Reza dihalang ke Singapura – JIM
June 13, 2025, 2:25 pm
Koperasi PDRM umum dividen RM36.14 juta, tertinggi dalam sejarah penubuhan
June 13, 2025, 2:21 pm
YouTuber didakwa muat naik hantaran jelik berkaitan siasatan terhadap GISBH
June 13, 2025, 12:52 pm
Gabungan ilmu hafazan, teknikal mampu hasilkan huffaz lebih versatil - Ahmad Zahid
June 13, 2025, 12:49 pm