Berita Berita
ADUN Kijal diarah bela diri kes keluar kenyataan berunsur hasutan

KUALA LUMPUR 12 Jun - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris, untuk membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan berhubung dakwaannya bahawa keputusan institusi kehakiman dikawal kerajaan.
Kenyataan itu didakwa dibuat ketika beliau berucap semasa Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 10 November 2023, antara jam 9.30 malam hingga 11.30 malam, di Padang Astaka Chukai, Kemaman.
Hakim Norma Ismail membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
“Setelah meneliti keterangan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan ini,” kata beliau.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan selama empat hari iaitu pada 26 dan 30 September serta 2 dan 3 Oktober 2025.
Razali, 58, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, diwakili peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Badiuszaman Ahmad dan Muhammad Amir Hannif Ahijman.
Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 22 April 2024, seramai empat saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan.
Razali didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda hingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Berita berkaitan
June 13, 2025, 4:12 pm
Pemandu bas UPSI didakwa sebabkan kematian 15 pelajar mengaku tak bersalah
June 13, 2025, 4:01 pm
KPDN rampas 650 jersi tiruan bernilai RM25,000 di Bukit Jalil
June 13, 2025, 3:55 pm
Kejara gagal, perlu rombakan besar – Anthony Loke
June 13, 2025, 3:27 pm
PN gesa tubuh RCI siasat kes Yusoff Rawther
June 13, 2025, 2:26 pm
Perbezaan paparan portal jadi punca Fahmi Reza dihalang ke Singapura – JIM
June 13, 2025, 2:25 pm
Koperasi PDRM umum dividen RM36.14 juta, tertinggi dalam sejarah penubuhan
June 13, 2025, 2:21 pm
YouTuber didakwa muat naik hantaran jelik berkaitan siasatan terhadap GISBH
June 13, 2025, 12:52 pm
Gabungan ilmu hafazan, teknikal mampu hasilkan huffaz lebih versatil - Ahmad Zahid
June 13, 2025, 12:49 pm