Berita Berita
Anwar umum peruntukan baharu RM60 juta untuk TVET, tegas kepentingan pendidikan holistik

MELAKA, 12 Jun — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta bagi memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), termasuk RM10 juta khusus untuk Negeri Melaka.
Beliau berkata, keyakinan terhadap sistem TVET negara semakin meningkat apabila hampir setengah juta anak muda memilih aliran itu, satu perkembangan positif yang menunjukkan sokongan kukuh daripada ibu bapa dan masyarakat.
“Dua tahun lalu kita berdepan kesukaran meyakinkan syarikat dan konglomerat besar mengenai kemampuan negara menyediakan tenaga mahir mengikut keperluan industri. Namun, hari ini kebimbangan itu semakin terlerai,” katanya semasa merasmikan Hari TVET Negara 2025 di Bandaraya Melaka, hari ini.
Menurut Anwar, kejayaan itu adalah hasil usaha kolektif pelbagai pihak dan tidak harus dikaitkan dengan mana-mana individu atau kementerian sahaja.
“TVET adalah manifestasi kerjasama berpasukan, selari dengan semangat Malaysia MADANI yang menolak sikap mendabik dada atau ujub dalam kepimpinan,” tegasnya.
Dalam majlis itu juga, beliau mengumumkan tambahan RM50 juta kepada Majlis TVET Negara bagi melaksanakan program TVET, teknikal dan keusahawanan di seluruh negara.
Anwar turut menekankan bahawa pendidikan bukan semata-mata soal ilmu pengetahuan, tetapi turut mencorak pembangunan insan yang beradab dan menyumbang kepada negara.
“Pendidikan adalah cerminan pembinaan insan – bukan sekadar memenuhi pasaran kerja, tetapi membentuk nilai dan keperibadian,” ujarnya.
Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia mencatat RM89.8 bilion pelaburan bagi suku pertama 2025, meskipun berdepan cabaran global termasuk perang dagang dan ketidaktentuan ekonomi dunia.
Anwar berkata, pelaburan itu hadir bukan secara kebetulan, tetapi hasil keyakinan pelabur terhadap kesiapsiagaan tenaga kerja Malaysia dalam bidang pengurusan, pembuatan dan sektor teknikal.
“Mari kita semarakkan TVET kerana ia terbukti menjadi jalan penting untuk melonjakkan negara tanpa mengorbankan nilai,” katanya.
Berita berkaitan
June 13, 2025, 4:12 pm
Pemandu bas UPSI didakwa sebabkan kematian 15 pelajar mengaku tak bersalah
June 13, 2025, 4:01 pm
KPDN rampas 650 jersi tiruan bernilai RM25,000 di Bukit Jalil
June 13, 2025, 3:55 pm
Kejara gagal, perlu rombakan besar – Anthony Loke
June 13, 2025, 3:27 pm
PN gesa tubuh RCI siasat kes Yusoff Rawther
June 13, 2025, 2:26 pm
Perbezaan paparan portal jadi punca Fahmi Reza dihalang ke Singapura – JIM
June 13, 2025, 2:25 pm
Koperasi PDRM umum dividen RM36.14 juta, tertinggi dalam sejarah penubuhan
June 13, 2025, 2:21 pm
YouTuber didakwa muat naik hantaran jelik berkaitan siasatan terhadap GISBH
June 13, 2025, 12:52 pm
Gabungan ilmu hafazan, teknikal mampu hasilkan huffaz lebih versatil - Ahmad Zahid
June 13, 2025, 12:49 pm