Berita Berita
Anthony Loke beri amaran kepada pemandu bas tragedi Gerik, laporan teknikal belum dibuktikan

GERIK 12 Jun – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi amaran kepada pemandu bas yang terlibat dalam tragedi kemalangan di Gerik agar tidak membuat kenyataan tidak berasas berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, dakwaan pemandu tersebut bahawa sistem brek bas gagal berfungsi masih belum dibuktikan secara teknikal melalui pemeriksaan oleh Puspakom.
“Saya tidak pasti sama ada kenyataan itu dibuat untuk melindungi dirinya atau tidak, tetapi ia tidak boleh diterima bulat-bulat tanpa bukti,” katanya dalam sidang media selepas melawat lokasi nahas dan memeriksa bas yang terlibat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, hari ini.
“Saya beri amaran kepada pemandu supaya tidak sewenang-wenangnya membuat dakwaan yang belum tentu benar kerana perkara ini boleh dibuktikan melalui ujian mekanikal.
“Puspakom sudah menjalankan pemeriksaan terhadap sistem brek bas terbabit dan laporan dijangka siap dalam satu atau dua hari lagi,” katanya.
Dalam kejadian yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu, bas yang membawa pelajar tersebut hilang kawalan sebelum terbalik di Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding.
Anthony turut mengingatkan semua pengendali pengangkutan awam supaya menjalankan pemeriksaan dan audit keselamatan kenderaan masing-masing melalui pelaksanaan Jadual Inspeksi Sendiri Awam (JISA), sebelum tindakan penguatkuasaan diambil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“JISA bukan perkara baharu bagi mereka, cuma tahap pematuhan sangat lemah,” katanya sambil menambah bahawa penguatkuasaan ke atas pelaksanaan JISA akan dipertingkatkan.
“Kita akan melaksanakan pemeriksaan JISA secara besar-besaran ke atas semua pengendali pengangkutan awam termasuk bas dan lori,” ujarnya. – Media Telus
Berita berkaitan
June 13, 2025, 4:12 pm
Pemandu bas UPSI didakwa sebabkan kematian 15 pelajar mengaku tak bersalah
June 13, 2025, 4:01 pm
KPDN rampas 650 jersi tiruan bernilai RM25,000 di Bukit Jalil
June 13, 2025, 3:55 pm
Kejara gagal, perlu rombakan besar – Anthony Loke
June 13, 2025, 3:27 pm
PN gesa tubuh RCI siasat kes Yusoff Rawther
June 13, 2025, 2:26 pm
Perbezaan paparan portal jadi punca Fahmi Reza dihalang ke Singapura – JIM
June 13, 2025, 2:25 pm
Koperasi PDRM umum dividen RM36.14 juta, tertinggi dalam sejarah penubuhan
June 13, 2025, 2:21 pm
YouTuber didakwa muat naik hantaran jelik berkaitan siasatan terhadap GISBH
June 13, 2025, 12:52 pm
Gabungan ilmu hafazan, teknikal mampu hasilkan huffaz lebih versatil - Ahmad Zahid
June 13, 2025, 12:49 pm