Berita Berita
'Saya dianiaya, dilakukan macam-macam' - Yusoff Rawther bersyukur bebas semua tuduhan dadah, miliki pistol tiruan

KUALA LUMPUR 12 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther, tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan.
Terdahulu, pada 12 September 2024, Yusoff, 32, didakwa atas pertuduhan mengedar 305 gram kanabis dalam sebuah kenderaan di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.
Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Beliau juga berdepan satu lagi pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara pada hari yang sama, kira-kira jam 9.25 pagi.
Bagi pertuduhan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya.
Pada 28 April 2025, pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman memaklumkan bahawa kes telah ditutup selepas memanggil 13 orang saksi sejak perbicaraan bermula pada 7 April lalu.
Antara saksi penting termasuk pegawai serbuan dari Bahagian Siasatan Khas (D9), pegawai penyiasat dari IPD Dang Wangi, dan seorang ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia.
Pihak pendakwaan turut menawarkan tujuh saksi kepada pasukan pembelaan sekiranya tertuduh diperintah membela diri — namun mahkamah memutuskan tertuduh tidak perlu membela diri dan dibebaskan serta-merta.
Kes berkaitan pengedaran dadah oleh Yusoff sebelum ini telah dipindahkan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi pada 12 November 2024.
Keputusan ini menyaksikan Yusoff dibebaskan sepenuhnya daripada kedua-dua pertuduhan tanpa sebarang sabitan.
Berita berkaitan
June 13, 2025, 4:12 pm
Pemandu bas UPSI didakwa sebabkan kematian 15 pelajar mengaku tak bersalah
June 13, 2025, 4:01 pm
KPDN rampas 650 jersi tiruan bernilai RM25,000 di Bukit Jalil
June 13, 2025, 3:55 pm
Kejara gagal, perlu rombakan besar – Anthony Loke
June 13, 2025, 3:27 pm
PN gesa tubuh RCI siasat kes Yusoff Rawther
June 13, 2025, 2:26 pm
Perbezaan paparan portal jadi punca Fahmi Reza dihalang ke Singapura – JIM
June 13, 2025, 2:25 pm
Koperasi PDRM umum dividen RM36.14 juta, tertinggi dalam sejarah penubuhan
June 13, 2025, 2:21 pm
YouTuber didakwa muat naik hantaran jelik berkaitan siasatan terhadap GISBH
June 13, 2025, 12:52 pm
Gabungan ilmu hafazan, teknikal mampu hasilkan huffaz lebih versatil - Ahmad Zahid
June 13, 2025, 12:49 pm