Berita Berita
Jaga-jaga, dron kini jadi 'mata-mata' polis pantau penunggang motosikal langgar peraturan di Lebuhraya Persekutuan

KUALA LUMPUR 11 Jun - Polis Daerah Petaling Jaya kini menggunakan kaedah pemantauan dari udara menggunakan dron bagi mengesan penunggang motosikal yang melanggar peraturan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan, khususnya mereka yang enggan menggunakan laluan motosikal yang disediakan.
Operasi khas yang dijalankan di Kilometer 28.4 berhampiran Jambatan Sunway arah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur itu diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Petaling Jaya serta Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman.
Menurut Shahrulnizam, tindakan ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal yang dilihat semakin meningkat, termasuk kes maut.
“Punca utama penunggang motosikal tidak menggunakan laluan khas adalah kerana mahu jalan pintas dan keadaan laluan motosikal yang tidak sempurna seperti berlubang serta gelap pada waktu malam,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan khas boleh berdepan kesan serius, termasuk kegagalan tuntutan insurans jika berlaku kemalangan.
“Di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan, mereka boleh dikenakan hukuman, dan jika tidak menggunakan laluan yang disediakan, ada insurans yang tidak akan melindungi mereka,” katanya.
Tambah beliau, penggunaan laluan utama oleh penunggang motosikal juga membahayakan nyawa kerana saiz kenderaan yang kecil dan mudah terdedah kepada risiko perlanggaran ketika waktu puncak.
Selain isu keselamatan, beliau turut menegur sikap sesetengah penunggang motosikal yang bertindak agresif terhadap pengguna jalan lain.
“Apabila berlaku insiden, ada yang maki pengguna lain, walhal mereka yang salah kerana tidak menggunakan laluan sepatutnya. Disiplin dan tanggungjawab pengguna jalan raya sangat penting,” katanya.
Dalam operasi itu, sebanyak 47 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal, termasuk 16 saman hasil rakaman dron yang berjaya mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal dan pemilik walaupun mereka tidak ditahan di lokasi. Saman akan dihantar melalui pos kepada pemilik motosikal yang terbabit.
Berita berkaitan
June 12, 2025, 3:37 pm
Anthony Loke beri amaran kepada pemandu bas tragedi Gerik, laporan teknikal belum dibuktikan
June 12, 2025, 3:18 pm
Anwar umum peruntukan baharu RM60 juta untuk TVET, tegas kepentingan pendidikan holistik
June 12, 2025, 2:39 pm
Tengku Zafrul mahu terus berkhidmat secara politik selepas tamat tempoh senator
June 12, 2025, 2:19 pm
Tiga lelaki melecur dalam kebakaran kedai LPG di Kulai
June 12, 2025, 2:04 pm
Tidak logik kanabis itu datang turun dari langit - Ahmad Fadhli
June 12, 2025, 2:03 pm