TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SPRM serbu rumah 'Tan Sri' di Melaka berkait penyelewengan dana sukuk lebuh raya

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan seorang individu bergelar Tan Sri berhubung siasatan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Menurut sumber, dua pegawai penyiasat SPRM hadir ke kediaman Tan Sri terbabit di ibu negara bagi menjalankan proses mengambil keterangan.

SPRM turut melakukan serbuan di kediaman lain milik individu berkenaan di Melaka, namun tiada sebarang rampasan atau sitaan dilakukan.

Semalam, media melaporkan SPRM akan mengambil keterangan suspek selepas beliau dibenarkan keluar dari hospital.

Sebelum ini, SPRM menyita pelbagai aset mewah milik individu bergelar Tan Sri yang juga pemegang konsesi lebuh raya, termasuk beg tangan berjenama, barang kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai dan beberapa kediaman, dengan nilai keseluruhan dianggarkan mencecah RM32 juta.

Kes disiasat berhubung dakwaan salah guna dana sukuk yang sepatutnya digunakan bagi projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

+ - reset