TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Permit syarikat bas bawa penuntut UPSI terbabit kemalangan di Gerik dibatalkan serta-merta - Anthony Loke

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Kementerian Pengangkutan membatalkan serta-merta semua permit syarikat pengendali bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak susulan pelanggaran serius syarat permit.

Menterinya, Anthony Loke, berkata siasatan mendapati syarikat berkenaan melakukan dua kesalahan utama iaitu memajak permit kepada pihak ketiga dan gagal mengaktifkan sistem GPS pada bas yang dikendalikan.

“Pemilik syarikat beralamat di Kedah tetapi memajak bas kepada pengendali di Kelantan dengan bayaran RM500 sebulan. Ini jelas melanggar syarat permit.

“Apabila diminta menyerahkan laporan GPS, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana sistem itu langsung tidak diaktifkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Loke menegaskan, pembatalan permit itu adalah muktamad dan tiada peluang rayuan akan diberikan kepada syarikat terbabit.

+ - reset