Berita Berita
Bapa mangsa tragedi bas UPSI reda pemergian anak, maafkan pemandu bas

BACHOK, 11 Jun – Bapa kepada seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak awal pagi kelmarin, memaafkan pemandu bas yang terbabit dalam kejadian meragut 15 nyawa itu.
Halim Sidik, 58, berkata beliau tidak menyimpan sebarang dendam dan menerima kejadian tragis itu sebagai takdir yang telah ditentukan Allah SWT terhadap anaknya, Allahyarham Muhammad Adib Hazim, 21.
“Pemandu bas itu pun ada keluarga. Saya percaya dia tidak berniat memandu laju walaupun pelbagai cerita diperkatakan tentang cara pemanduannya sebelum nahas berlaku.
“Biar dia memohon keampunan daripada Allah SWT. Saya reda. Allah lebih menyayangi Muhammad Adib Hazim,” katanya kepada Kosmo Online ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Cina di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan pemandu bas berkenaan mendakwa dia terpaksa menjerit selepas mendapati brek kenderaan yang dipandunya gagal berfungsi sebelum terbabas.
Berita berkaitan
June 12, 2025, 3:37 pm
Anthony Loke beri amaran kepada pemandu bas tragedi Gerik, laporan teknikal belum dibuktikan
June 12, 2025, 3:18 pm
Anwar umum peruntukan baharu RM60 juta untuk TVET, tegas kepentingan pendidikan holistik
June 12, 2025, 2:39 pm
Tengku Zafrul mahu terus berkhidmat secara politik selepas tamat tempoh senator
June 12, 2025, 2:19 pm
Tiga lelaki melecur dalam kebakaran kedai LPG di Kulai
June 12, 2025, 2:04 pm
Tidak logik kanabis itu datang turun dari langit - Ahmad Fadhli
June 12, 2025, 2:03 pm