Berita Berita
Koperasi PDRM umum dividen RM36.14 juta, tertinggi dalam sejarah penubuhan

KUALA LUMPUR 13 Jun : Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) mencatat sejarah apabila mengumumkan agihan dividen keseluruhan berjumlah RM36.14 juta, merangkumi 5.8 peratus atas modal yuran dan 9.2 peratus atas modal syer saham.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang juga Yang Dipertua KPDRM, memaklumkan perkara itu dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-90 KPDRM Berhad 2025, hari ini.
“Sepanjang 97 tahun usia koperasi, inilah julung kalinya, pemberian dividen sangat lumayan diagihkan kepada anggota KPDRM,” katanya.
Turut hadir dalam majlis bersejarah itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut Razarudin, dividen diumumkan kali ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya, dengan tambahan 0.3 peratus bagi modal yuran dan 2.2 peratus bagi modal syer berbanding 2023.
Beliau turut menjelaskan bahawa KPDRM mencatatkan keuntungan berjumlah RM50.14 juta pada tahun lalu, meningkat daripada RM45.02 juta pada tahun sebelumnya.
Antara penyumbang utama peningkatan itu ialah pertambahan keanggotaan berdaftar KPDRM Berhad yang melonjak kepada 119,922 ahli pada 2024 berbanding 114,608 pada 2023, mewakili peningkatan sebanyak 5,314 orang.
"Sehubungan itu, pemilikan Modal Yuran turut meningkat kepada RM586.6 juta pada 2024 berbanding RM558 juta pada 2023, iaitu peningkatan 4.9 peratus.
“Saya percaya, pencapaian ini lanjutan peningkatan tahap keyakinan warga PDRM terhadap prestasi cemerlang dan penawaran pelbagai kemudahan kepada anggota koperasi berdaftar,” katanya lagi.
Berita berkaitan
June 14, 2025, 12:22 pm
Seorang maut, dua parah ditembak ketika makan di Bricklfields
June 14, 2025, 12:06 pm
Pengecualian levi di institusi pendidikan swasta mulai Januari 2026 - Anwar
June 13, 2025, 9:06 pm
Dua maut kereta dinaiki rempuh lori berhenti tepi jalan nak buang air
June 13, 2025, 7:32 pm
Warga asing masuk Malaysia jadi 'tok guru' proses vape campur dadah
June 13, 2025, 7:15 pm
Tiada keperluan ambil keterangan Anwar berhubung kes Yusoff Rawther – KPN
June 13, 2025, 6:48 pm
'Pernah jumpa beberapa kali, mangsa amang seksual adalah peminat artis terkenal itu' – Polis
June 13, 2025, 4:12 pm
Pemandu bas UPSI didakwa sebabkan kematian 15 pelajar mengaku tak bersalah
June 13, 2025, 4:01 pm