TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPDN rampas 650 jersi tiruan bernilai RM25,000 di Bukit Jalil

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas sebanyak 650 helai jersi disyaki tiruan bernilai kira-kira RM25,000 dalam satu operasi di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu.

Pemeriksaan bersepadu itu dilaksanakan oleh pasukan KPDN Kuala Lumpur dengan kerjasama KPDN Putrajaya dan Selangor sempena perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kuala Lumpur, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap lapan gerai jualan dengan kehadiran wakil pemilik cap dagang untuk tujuan pengesahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua lapan gerai tersebut mempamer dan menjual jersi yang menggunakan cap dagangan berjenama terkenal secara tidak sah kepada orang awam.

“Pengesahan awal mendapati jersi-jersi itu menggunakan cap dagangan palsu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah beliau, kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Stor Ekshibit KPDN Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. – Media Telus.

+ - reset