TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kejara gagal, perlu rombakan besar – Anthony Loke

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 13 Jun – Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang dilaksanakan sejak tahun 2017 disifatkan gagal sepenuhnya dan perlu dirombak secara menyeluruh, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut beliau, kelemahan utama sistem itu terletak pada kaedah pengiraan mata demerit terhadap pesalah trafik, yang hanya dikuatkuasakan selepas saman dibayar atau setelah individu terbabit didakwa di mahkamah.

“Masalah besar sekarang adalah ramai pesalah tidak membayar saman, malah jumlahnya mencecah jutaan ringgit dan melibatkan ribuan kes di mahkamah.

“Saya secara terbuka menyatakan bahawa sistem ini bukan sahaja tidak efektif, malah gagal sepenuhnya. Ia perlu dirombak,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran penggunaan peranti kawalan had laju (SLD) bagi kenderaan perdagangan, di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bahawa pelaksanaan Kejara tidak berkesan kerana hukuman bergantung sepenuhnya kepada bayaran saman atau keputusan mahkamah, sekali gus mengurangkan keberkesanan usaha mendisiplinkan pemandu.

Anthony menjelaskan bahawa meskipun sistem itu masih diteruskan ketika ini, satu rombakan menyeluruh akan dilakukan bagi meningkatkan keberkesanannya. – Media Telus.

+ - reset