Berita Viral
Pelanggan terkejut pesan Nescafe tarik, tapi 'tarik' kira lain
KUALA LUMPUR 13 Jun – Seorang pelanggan di sebuah kedai makan di Sibu, Sarawak meluahkan rasa terkejut apabila dikenakan caj tambahan 70 sen hanya kerana memesan secawan Nescafe tarik.
Pelanggan terbabit memaklumkan bahawa dia hanya memesan Nescafe tarik, namun terkejut apabila menerima bil yang mengenakan caj berasingan – RM4.30 untuk Nescafe panas dan tambahan RM0.70 untuk 'tarik'.
“Punya keras kehidupan sekarang. Order (pesan) Nescafe tarik, tariknya pun dibayar,” tulis pengguna Facebook @RiRi Bunbun dalam satu perkongsian di kumpulan Lahat Datu Kini.
Perkongsian tersebut tular di media sosial selepas pelanggan itu memuat naik gambar resit pembelian, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya melahirkan rasa tidak puas hati dan menganggap caj tersebut tidak masuk akal.
Seorang pengguna, Hasrul Hanafiah menulis secara sinis, “Tarik-tarik pun perlukan tenaga, tu yang dikira agaknya. Pelik benar.”
Nur Izzah Halim pula memberi komen, “Agaknya dia tarik pakai winch lori, sebab tu mahal.”
Manakala seorang lagi pengguna, Adli Farhan berseloroh, “Lain macam. Lepas ni kita bawa buih sendiri dari rumah, jimat RM0.70.” katanya.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
