Berita Berita
'Saya tak minat penjarakan orang, saya minat rampas wang untuk kembalikan kepada rakyat' - Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan komitmennya untuk terus mengambil tindakan terhadap pemimpin yang terbabit rasuah, meskipun langkah itu tidak disambut dengan sokongan meluas daripada rakyat.
Menurutnya, usaha membanteras rasuah tetap menjadi tanggungjawab utama kerajaan, tanpa mengira latar belakang individu yang terlibat – sama ada pemimpin terdahulu atau yang masih memegang jawatan, termasuk ahli perniagaan serta tokoh korporat.
"Apabila kita sudah mengambil tindakan terhadap pemimpin yang korup, sama ada yang dahulu atau masih berkhidmat dalam jawatan, ahli perniagaan, pemimpin korporat yang membazirkan berbilion ringgit, saya tidak melihat kemarahan atau sokongan (sedangkan) sepatutnya kita tunjukkan.
"Tetapi itu tidak mengapa, saya tetap akan menjalankan tugas saya, sama ada mendapat sokongan umum atau tidak.
"Itu tanggungjawab saya dan saya akan melaksanakannya sebaik mungkin untuk memastikan kita membasmi rasuah yang telah berakar umbi dalam negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.
Anwar dalam masa sama menjelaskan bahawa beliau bukan berminat untuk menghukum mana-mana individu, sebaliknya mahu memastikan wang negara yang diseleweng dapat dikembalikan demi manfaat rakyat.
"Saya bukan minat nak penjarakan orang. Saya ada minat nak merampas balik wang itu supaya kembali kepada rakyat. Itu minat saya. Saya nak hentikan budaya ini," ujarnya lagi.
Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap budaya penyelewengan dalam kalangan ahli politik dan korporat yang terus-menerus mengaut kekayaan negara.
"Bagaimana negara mengizinkan puluhan bilion dipunggah oleh beberapa tokoh politik dan korporat, kemudian dilupakan begitu sahaja? Di mana pengajarannya. Apa makna kuasa?" katanya.
Anwar turut mendedahkan wujud pihak yang sanggup berpakat serta membiayai individu tertentu bagi tujuan menyeleweng dana negara, dan menegaskan tidak akan berkompromi dalam menghadapi golongan tersebut.
Berita berkaitan
June 15, 2025, 6:48 pm
NTW 2025 cipta rekod, lebih 2 juta rakyat sertai latihan kemahiran
June 15, 2025, 5:55 pm
Myvi hilang kawalan rempuh pengunjung sedang beli strawberi di Kea Farm
June 15, 2025, 5:24 pm
Ekonomi belum pulih sepenuhnya, kerajaan belum sedia laksana semula GST – Anwar
June 15, 2025, 2:06 pm
Bayi 10 bulan maut terjatuh dari tangan pengasuh ketika dimandikan di Sungai Buloh
June 15, 2025, 1:32 pm
Anwar tinjau sendiri perkembangan pembinaan kapal LCS di Lumut
June 15, 2025, 12:33 pm
Solat Duha selamatkan 55 pelajar dari kebakaran di asrama lelaki
June 14, 2025, 6:31 pm