Berita Berita
Bayi 10 bulan maut terjatuh dari tangan pengasuh ketika dimandikan di Sungai Buloh

SUNGAI BULOH, 15 Jun – Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tangan pengasuh ketika sedang dimandikan di sebuah rumah di Puncak Alam, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam pada jam 10.42 malam, berhubung insiden tersebut.
Katanya, laporan menyatakan bahawa bayi terbabit dibawa ke zon merah kecemasan hospital pada jam 7.23 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dihantar dari sebuah klinik swasta di Puncak Alam menggunakan ambulans hospital.
"Pengadu dan doktor pakar kecemasan menjalankan rawatan resusitasi termasuk bantuan pernafasan dan pemberian ubatan selama kira-kira 22 minit, namun bayi itu tidak menunjukkan sebarang tindak balas atau tanda-tanda bernafas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan lanjut mendapati ibu mangsa turut membuat laporan polis memaklumkan bahawa dia menerima panggilan daripada pengasuh kira-kira jam 5.40 petang, yang memberitahu bayinya terjatuh dan tidak sedarkan diri.
"Menurut pengasuh, kejadian berlaku semasa dia mahu memandikan bayi terbabit, namun bayi tersebut terjatuh mengiring ke sebelah kanan dan mengalami sesak nafas. Susulan itu, pengasuh membawa bayi ke sebuah klinik berhampiran sebelum dirujuk ke hospital," jelasnya.
Mohd Hafiz berkata, mayat bayi telah dihantar ke Hospital UiTM Puncak Alam untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh forensik.
Tambah beliau, polis juga sudah merakam percakapan pengasuh terbabit sebagai sebahagian daripada siasatan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden tersebut diminta menghubungi Balai Polis Saujana Utama di talian 03-6038 2222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Aizad Abd Azik di talian 013-486 1194.
Berita berkaitan
June 15, 2025, 6:48 pm
NTW 2025 cipta rekod, lebih 2 juta rakyat sertai latihan kemahiran
June 15, 2025, 5:55 pm
Myvi hilang kawalan rempuh pengunjung sedang beli strawberi di Kea Farm
June 15, 2025, 5:24 pm
Ekonomi belum pulih sepenuhnya, kerajaan belum sedia laksana semula GST – Anwar
June 15, 2025, 1:32 pm
Anwar tinjau sendiri perkembangan pembinaan kapal LCS di Lumut
June 15, 2025, 12:33 pm
Solat Duha selamatkan 55 pelajar dari kebakaran di asrama lelaki
June 15, 2025, 11:45 am
'Saya tak minat penjarakan orang, saya minat rampas wang untuk kembalikan kepada rakyat' - Anwar
June 14, 2025, 6:31 pm