Berita Berita
Dua kes tembak di ibu negara ada kaitan elemen kongsi gelap

KUALA LUMPUR 19 Jun – Siasatan awal polis mendapati dua kes tembakan yang berlaku dalam tempoh empat hari di Brickfields dan Cheras baru-baru ini dipercayai mempunyai kaitan dengan elemen kongsi gelap.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan mendapati kedua-dua insiden terbabit membabitkan elemen kumpulan jenayah terancang.
“Bagaimanapun, sama ada suspek yang terlibat menerima upah atau sebaliknya masih belum dapat dipastikan.
“Siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan serta menahan semua suspek yang terlibat sedang giat dilakukan,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di sekitar ibu negara masih berada dalam keadaan terkawal meskipun berlakunya dua kejadian tembakan dalam masa yang singkat.
Menurut beliau, kedua-dua insiden dipercayai berpunca daripada perseteruan dan mempunyai sasaran tertentu, bukan tembakan rambang.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, kedua-dua insiden jenayah tersebut berpunca daripada isu luar Kontinjen Kuala Lumpur yang dibawa ke ibu negara.
Dalam kejadian di Cheras pada tengah malam Isnin lalu, dua lelaki ditembak di hadapan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew dan siasatan awal mendapati ia berpunca daripada aktiviti penyeludupan di Sibu, Sarawak.
Manakala, kejadian tembakan yang berlaku di Brickfields pada Jumaat lalu pula dipercayai berkait dengan konflik jenayah yang berlaku di Selangor. – Media Telus.
Berita berkaitan
June 19, 2025, 5:35 pm
RM504 juta nilai rampasan, 453 individu ditahan dalam Op Hazard 2.0 seluruh negara
June 19, 2025, 4:35 pm
Rumah kosong di Cheras dijadikan stor rokok seludup
June 19, 2025, 4:27 pm
11 lelaki sesak nafas akibat kebakaran kereta di kondominium Wangsa Maju
June 19, 2025, 4:15 pm
'Mohon campur tangan PM hidupkan semula usul GEG bendung ketagihan vape, dadah' - Dr Akmal
June 19, 2025, 3:25 pm
Ipoh digegarkan bunyi dentuman, polis bincang dengan agensi berkaitan
June 19, 2025, 3:20 pm
Johari arah sesi libat urus industri hadapi pelaksanaan SST
June 19, 2025, 3:10 pm
SST buah import mungkin dikaji semula – Ahmad Zahid
June 19, 2025, 2:12 pm