Berita Berita
Ipoh digegarkan bunyi dentuman, polis bincang dengan agensi berkaitan

IPOH 19 Jun – Polis akan mengadakan perbincangan bersama pelbagai jabatan dan agensi berkaitan dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca bunyi letupan dan gegaran yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan awal telah dijalankan termasuk mendapatkan maklumat daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak serta orang awam yang merasai gegaran berkenaan.
“JMG memaklumkan bahawa letupan dan gegaran itu bukan berpunca daripada aktiviti kuari. Siasatan akan diteruskan memandangkan kejadian yang hampir sama pernah berlaku pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, setakat ini tiada laporan berhubung kerosakan harta benda awam atau persendirian diterima susulan kejadian itu.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh mengganggu proses siasatan.
Terdahulu, orang awam mendakwa mendengar bunyi letupan dan merasai gegaran sekitar Chemor dan Chepor kira-kira pukul 10.30 pagi semalam, namun punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti.
Pada 21 Oktober tahun lalu, satu gegaran kuat turut dirasai di beberapa kawasan termasuk Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi, Chemor dan Sungai Siput pada pukul 11.06 pagi, disusuli dengan dentuman yang kuat. – Media Telus
Berita berkaitan
June 19, 2025, 7:29 pm
Jelajah Pembelajaran NTW 2025 perkasa kemahiran ratusan rakyat di wilayah utara
June 19, 2025, 7:00 pm
Pemilik restoran di Shah Alam kantoi buang sampah tepi jalan sunyi di Klang
June 19, 2025, 6:16 pm
Pegawai awam dilarang keluar kenyataan umum jejas dasar kerajaan - JPA
June 19, 2025, 5:35 pm
RM504 juta nilai rampasan, 453 individu ditahan dalam Op Hazard 2.0 seluruh negara
June 19, 2025, 4:35 pm
Rumah kosong di Cheras dijadikan stor rokok seludup
June 19, 2025, 4:27 pm
11 lelaki sesak nafas akibat kebakaran kereta di kondominium Wangsa Maju
June 19, 2025, 4:15 pm
'Mohon campur tangan PM hidupkan semula usul GEG bendung ketagihan vape, dadah' - Dr Akmal
June 19, 2025, 3:20 pm
Johari arah sesi libat urus industri hadapi pelaksanaan SST
June 19, 2025, 3:10 pm