TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SST buah import mungkin dikaji semula – Ahmad Zahid

By
|
Kongsi
image

BANGI 19 Jun – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap beberapa barangan import terpilih, termasuk buah-buahan, akan dinilai semula oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penilaian semula itu wajar kerana terdapat barangan seperti epal dan limau Mandarin yang tidak dihasilkan dalam negara dan bergantung sepenuhnya kepada bekalan import.

“Saya berpandangan ada kemunasabahan untuk kadar baharu SST ke atas barangan tertentu dilihat semula. Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi sedang meneliti perkara ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin Mohamed menyifatkan langkah mengenakan SST ke atas buah import sebagai tidak wajar memandangkan buah-buahan itu turut digunakan oleh golongan berpendapatan rendah.

Mengulas perkara tersebut, Ahmad Zahid berkata pandangan dikemukakan Ameer Ali wajar dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, khususnya kerana buah import menjadi keperluan dalam kalangan rakyat.

“Hasil cukai daripada buah-buahan kepada negara pun tidak begitu tinggi. Jadi kalau dikenakan SST, maka harganya akan meningkat.

“Saya faham tujuan asal tindakan itu ialah untuk melindungi buah-buahan tempatan. Tetapi kita perlu ambil kira bahawa kita tidak mengeluarkan epal dan limau Mandarin,” katanya. – Media Telus.

+ - reset