Berita Berita
Johari arah sesi libat urus industri hadapi pelaksanaan SST

KUALA LUMPUR 19 Jun – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri oleokimia susulan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) lima peratus yang dijadual bermula 1 Julai ini.
Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu bertujuan mendapatkan maklum balas secara terus daripada pihak industri termasuk kilang sawit, penapis dan pengeluar produk oleokimia bagi memahami isu yang dibangkitkan.
“Saya telah arahkan pasukan kementerian untuk berjumpa dengan pemain industri. Kita tidak boleh hanya dengar rungutan daripada pihak luar yang tiada kaitan langsung dengan industri.
“Memang betul, tidak semua orang suka membayar cukai, tetapi dari sudut ekonomi, kita perlukan sistem percukaian. Apa yang penting ialah memastikan ia tidak menjejaskan daya saing industri kita,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB (TOT MPOB) 2025, di sini hari ini.
Sebelum ini, CIMB Securities dalam nota penyelidikan melaporkan peluasan SST khususnya lima peratus ke atas minyak isirung sawit dijangka meningkatkan kos input bagi sektor oleokimia, yang berpotensi menjejaskan syarikat pengeluar produk hiliran.
Pada 9 Jun lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan kerajaan akan melaksanakan semakan kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan secara bersasar bermula 1 Julai ini, selaras dengan Belanjawan 2025.
Langkah itu bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian tanpa membebankan rakyat terbanyak.
Mengulas lanjut, Johari menjelaskan bahan mentah yang dieksport ke luar negara tidak akan dikenakan SST, dan kemungkinan kekeliruan berlaku akibat salah faham terhadap mekanisme pelaksanaan cukai berkenaan.
“Jika benar SST menyebabkan daya saing industri terjejas, kita akan teliti. Tetapi kena pastikan betul-betul di mana masalahnya sebelum buat keputusan,” katanya. – Media Telus.
Berita berkaitan
June 19, 2025, 7:29 pm
Jelajah Pembelajaran NTW 2025 perkasa kemahiran ratusan rakyat di wilayah utara
June 19, 2025, 7:00 pm
Pemilik restoran di Shah Alam kantoi buang sampah tepi jalan sunyi di Klang
June 19, 2025, 6:16 pm
Pegawai awam dilarang keluar kenyataan umum jejas dasar kerajaan - JPA
June 19, 2025, 5:35 pm
RM504 juta nilai rampasan, 453 individu ditahan dalam Op Hazard 2.0 seluruh negara
June 19, 2025, 4:35 pm
Rumah kosong di Cheras dijadikan stor rokok seludup
June 19, 2025, 4:27 pm
11 lelaki sesak nafas akibat kebakaran kereta di kondominium Wangsa Maju
June 19, 2025, 4:15 pm
'Mohon campur tangan PM hidupkan semula usul GEG bendung ketagihan vape, dadah' - Dr Akmal
June 19, 2025, 3:25 pm
Ipoh digegarkan bunyi dentuman, polis bincang dengan agensi berkaitan
June 19, 2025, 3:10 pm